blog ini menambat jiwa saya

Tuesday 13 December 2011

Riadah hari-hari.


“Mat,kau sini kejap”.

Sungguh-sungguh Wan panggil Amat.Penting betul agaknya.Ditunjuknya pada Amat borang penyertaan futsal menengah rendah.

“Kita kena main ni Wan”,kata Amat.

Amat ni kalau main bola bukan power mana.Excited lebih.Cita-cita nak main EPL main bola tendang ke laut.Tapi kalau nak sembang bab riadah petang-petang memang awal sekali dia turun.Main macam tu jugak.

“Amat ko kapten la ”kata Wan,Amat dengar dah excited sangat dah tapi cover tetap cover.”Aku bukan pandai main pun Wan macam mana nak jadi kapten?”

Wan jawab,”takpe jadi kapten kena baling coin je lepas tu ko keluar la”.
“Cehhhh” kata Amat dalam hati kecil dia.
“Ok Wan”.Time ni la Amat nak tunjuk tak sia-sia main petang.Untung untung ada awek datang tengok game  ni   boleh Amat buat calon isteri.Kesungguhan Amat ni memang orang tak boleh lawan.Dia main bola dari macam sampah sampailah boleh tendang sikit-sikit.
Amat yakin mesti boleh menang futsal ni tak sia-sia la dia riadah hari-hari. 

*
*
*
*
 
Game pertama dah kalah dah.                  

Thursday 1 December 2011

Lelaki kacak-comel-putih hensem-korea yang datang dengan daun-daun berterbangan

Aku tak nak tulis pasal ombak yang bergulung-gulung, mentari yang sinarnya makin cerah  ,bulan yang memancarkan sinar purnamanya saat cinta itu datang.Aku tak dibayar untuk melakarkan kisah cinta fantasi.Juga tidak dibayar untuk menceritakan realiti kisah cinta..

Oh bitch,please.

Teruskan mencari kisah cinta sempurna kalau itu yang korang percaya.Lelaki berkuda yang datang dengan hantaran untuk dibanggakan dengan orang-orang kampung .Kereta mewah menderum laju dengan pinjaman bank tak habis bayar.Lelaki kacak-comel-putih hensem-korea yang datang dengan daun-daun berterbangan.Fresh graduates bertaraf pegawai.Teruskan lah mencari.Silakan.

Tapi,ya saya katakan tapi,,kisah cinta tidak akan seindah kisah korea dan mamat-mamat jambu disana. Boleh saja kalau anda ingin bakal suami anda inginkan wedding of the year kampung sungai sireh tahun 2011,tetapi bergelutlah dengan kewangan bila memasuki alam perkahwinan sebenar.Habis duit belanja kahwin,kemudian duduk rumah sewa murah.Pinjam bank untuk kahwin,duit PTPTN pun tak terbayar.Kalau anda rasa anda anak orang kaya atau tidak bersetuju dengan point saya,silakan close tab.Tapi,saya,seperti kebanyakan lagi rakyat Malaysia,bukan anak orang kaya.

Perjalanan kisah cinta anda masih panjang,jangan sibuk meratapi baju pengantin yang tersala pilih warna.

Monday 14 November 2011

Para Teruna

Adapun kisah yang bakal saya kabarkan ini tidak lah pernah menjadi terbitan mana-mana kitab melainkan berasal dari jiwa ini semata-mata.

Jauh di kampung kecil namanya gong badak tinggallah teruna-teruna dalam  rumah harus pula dibayar sebulan-sebulan.Tidaklah melainkan menuntut ilmu sahaja niat mereka saat menginapi bumi orang ini. Berbekalkan doa ibu bapa, wang PTPTN serta keprihatinan kerajaan Barisan Nasional dapat lah mereka menuntut ilmu tanpa susah payah.

Yang ingin jadi programmer,jadi punk rock,jadi akauntan mahupun jadi guru besar tinggallah sebumbung di bumi gong badak ini.

***



(to be continued)

Saturday 29 October 2011

Certot 1-Amat

Amat nekad kali ini.Nak jadi apa-apa pun jadi la.Dibuangnya rasa takutnya itu jauh-jauh dilempar ke sungai biar dibawa arus.Bukannya Amat tak pernah meluahkan jiwa terpendamnya itu pada ayahnya.Ayahnya memang garang sungguh.Dalam malam gelap itu, macam-macam perasaan perasaan muncul.Tapi Amat tau kalau dia tak pergi bencana lebih teruk akan menimpa dirinya.Membujur lalu melintang patah kata cikgu Ramli,cikgu bahasa melayu sekolahnya itu.

Kainnya ditarik kemas ke atas kali ini.Amat memang kurus.Dengan singlet pagodanya itu,malam yang gelap buatkan tubuh Amat macam rakyat somalia.Tinggal tulang-temulang.Dah macam  pontianak puasa sebulan.Perlahan Amat menapak ke pintu dapur.Dijaga langkahnya biar ayahnya tidak terjaga.Takut disangka pencuri pula nanti.Sampai di pintu dapur belakang rumahnya itu,jiwa Amat kembali bergelora.Macam-macam kisah hantu yang diceritakan Tok wan muncul dalam fikirannya kali ini.Pontianak,drakula,hantu bonceng pun muncul.

Ditolak perlahan pintu dapurnya itu.Kali ini membulatkan tekad, dengan selipar jepun maknya itu Amat berlari ke dalam kegelapan hutan.

"Ahhhh,lega"jerit Amat.Lega hati menunaikan tuntutan perutnya yang asyik memulas..Dah 2 hari  rumahnya takde air.Ayahnya memang malas bayar bil air.

p/s-Eksperimen pertama aku untuk certot(cerita kontot).Hahahaha

Saturday 22 October 2011

Universiti?

Jadi anak muda hakikatnya sebenarnya universiti bukan apa-apa sangat.
Meletakkan seluruh pertaruhan masa depan di tangan keputusan yang kita perolehi di universiti adalah satu kesilapan besar.Peluang masih ada di luar sana.

Jangan salah faham.Saya tidak pernah merendahkan kesungguhan dan kepentingan pendidikan di universiti.Cuma hakikatnya jalan masih terlalu panjang.Kalaupun kita sudah mengakhiri zaman universiti nanti.
Jangan terlalu dibuai indah anugerah dean list .Jangan pula terlalu meratapi keputusan yang teruk.Esok hari masih datang kembali.

Kebergantungan diri ini dan seluruh alam adalah pada Tuhan semata-mata.Bukan pada pointer,bukan pada keputusan peperiksaan.Usahalah sehabis mungkin dalam dewan peperiksaan.Akhirnya serahkan pada Tuhan semata-mata.

Perjalanan masih panjang.Belajarlah sebaiknya dari dunia.Gagal dan bangkit kembali.Kehidupan sepatutnya mengajar kita jadi sangggup menghadapi risiko dan berani menanggung segalanya.Bukan takut pada masa hadapan.

Tuesday 18 October 2011

Sempurna.

Tak siapa pun memilih untuk jadi susah.Apatah lagi jadi miskin.Tapi bila kita  jadi manusia bertuhankan yang Maha Esa,kita kena ingat yang Maha Bijaksana itu Allah,bukan kita.

Tuhan bawakan kita ke lembah paling dalam supaya kta mengerti tinnginya langit.Dijadikan  kita dalam saat-saat paling sukar supaya kita bersyukur atas sesuap nasi yang kita perolehi.Kesenangan cuma membawa kita jadi manusia yang merungut tiap kali alami kesusahan yang paling remeh.

 Yang Tuhan jadikan pada kita atas dunia ini sudah sempurna belaka.Cuma kita yang tak memahami perancangan Allah.Atas nasi yang kita makan itu ada nasi hasil petani ada ayam hasil penternak.Semuanya Tuhan jadikan memenuhi satu sama lain.Kita tak nampakkah sempurnanya kehidupan ini Tuhan jadikan?

Bersyukur lah atas apa pun yang anda ada hari.
Be what you were meant to be.

Friday 7 October 2011

Kita,korea dan afrika.

Malulah sikit bila merungut.Atas apa sebab pun,elakkan lah merungut.

Walau siapa pun kita.Hidup kita terlalu senang sebenarnya.Buka mata pada seluruh dunia ini.Lihat apa yang sedang berlaku.Percayalah sampai hari ini pun kebuluran sedang membunuh jutaan manusia.Bagaimana kita pula sibuk  merungut tentang baju yang tidak cantik.

Percayalah,kita sedang merungut tentang hal paling remeh sekali dalam dunia ini.Baju yang tidak cantik.Terlepas drama korea.Makanan tak sedap.Bullshit.Memang hidup anda tidak akan selalu senang.Mulakan lah hari berikutnya dengan lebih baik.

Mulakan lah pagi dengan senyuman anda paling manis.Sebarkan kegembiraan.Kita semua ada kehidupan yang terbaik.Hidup senang tidak akan pernah mengajarkan kita apa-apa.Sesekali menjenguklah kehidupan orang lain yang susah
.
 
Kesenangan selalu akan jadi suatu addiction.Boleh jadi suatu beban.Suatu yang membuat kita tak pernah mahu susah.Takut jadi miskin.Takut hidup susah.Renungkan.

Link tersebut membawa pada video yang membuat aku terpaku apa yang sedang berlaku dalam dunia.Berhentilah merungut.
#Sebenarnya aku tak tau nak buat youtube yang streaming.sebab tu aku bagi link je.hahaha.

Thursday 6 October 2011

Impian.

Bangun pagi 30 tahun kemudian dan menyedari tak pernah berbuat apa-apa untuk kehidupan memang memeritkan.

Habiskan hidup memilih langkah paling selamat dan mudah.Cari wang dan tidur di malam hari.Rutin yang sama sehari-hari.Belajar kerana takut tak ada kerja. Bekerja untuk cari duit. Cari duit untuk bayar bil. Aku tidak katakan perkara tersebut salah.Sekadar bagi aku sendiri,carilah impian dan cita-cita yang anda tentukan sendiri.Ada impian sendiri.

Tapi nak jadi berani bukannya mudah.Menentang arus memilih untuk bekerja sendiri semasa orang lain memillih paycheck di hujung bulan .Aku sendiri masih susah nak cari apa sebenarnya aku nak buat dalam kehidupan ni.

Aku sendiri pun blur.Tahniah buat yang sudah ada cita-cita.Terbanglah tinggi-tinggi.Aku bukan tak nak terbang.Kepak yang tak nak tumbuh.

Sunday 2 October 2011

Sombong.

Benarlah kata orang,jauh mana pun kita berlari.kaki ini tetap  di atas bumi Tuhan.Cuma kadang kita yang lupa.

Betapa kita sangka kita sudah pergi jauhnya dari bumi yang kita pijak ini.Terbanglah setinggi mana pun,bumi tetap pasti kita akan kembali berpijak semula..

Kita punya ibu bapa,punya agama yang jadi panduan hidup,punya tuhan yang jadi pelindung.Mengapa pernah harus sombong .Fikirkan kembali,kurniaaan yang kita ada hari ini sebenarnya sekadar atas belas ihsan orang lain semata-mata.Atas peluang yang Allah berikan.

Masuk universiti atas duit ibu bapa,duit pinjaman.atas nama seorang Melayu.Tidak malukah jadi sombong dengan segala harta yang sementara.Usah sombong dengan harta kurniaan ibu bapa.Malulah sikit.

Wang tidak akan pernah mengangkat martabat anda.Anda lah tuan pada wang tersebut.Jangan  biarkan wang jadi nilai yang menentukan maruah dan martabat anda.

Friday 23 September 2011

Untuk apa.

Anda seorang pelajar

Anda hari ini sudah pun berada di kemuncak.Anda berada di universiti.Pencapaian anda cemerlang.Dalam masa beberapa semestar.anda akan tamat pengajian.Satu hari,anda ditawarkan wang.Rm5000 sebulan . Anda tidak perlu belajar lagi tiada lagi tugasan.Mahu terus belajar atau memilih jalan mudah.

Oh,apakah selama  ini kita belajar hanya ingin mengejar paycheck di hujung bulan.Aku sendiri masih bertannya. Masyarakat kita memang dipenuhi mereka yang mengejar pendidikan,bukan pengetahuan .Berapa ramai di luar sana yang enggan membaca buku pengetahuan  am kerana menganggap buku-buku am tidak termasuk dalam soalan final exam.Real bullshit thinking.

Apa yang kita kejar sebenarnya.Saya tidak faham.

Jamban.

Kerap kali dahulu pegawai pendidkan datang ke sekolah untuk melawat suasana sekolah.Sibuklah segala pengetua,cikgu-cikgu berlatih sebaik mungkin untuk ditunjukkan pada pegawai yang akan datang nanti. Sibuk dengan segala raptai buat murid-murid untuk menunjukkan segala yang indah-indah utk pegawai.Sekolah aku memang nak kejar semua pangkat dalam dunia ni. Sekolah kluster,sekolah bestari ,sekolah cacat,,sekolah juvana. .Sibuk melayan pegawai.

Belanjawan sekolah habis beli bunga.Jamban bocor buat bodoh.Bila ada yang belum bayar yuran mula bising. Aku pun tak paham bunga yang bersekolah ke murid yang bersekolah.Padang bola dah macam gurun tak pernah nak kisah

Sistem pendidikan kita memang dah macam ni.Kita gemarkan yang cantik-cantik saja..Yang tak cantik kita sapu ke bawah lantai.

Wednesday 21 September 2011

Gagal.

Ali masuk sekolah rendah dan berjaya menempuhi UPSR dengan cemerlang,gemilang dan terbilang. Kejayaan tersebut diteruskan saat Ali menempuhi peperiksaan PMR dan SPMnya.Selepas melepasi zaman universiti Ali menjadi seorang pegawai kerajaan dan mempunyai rumah tangga yang bahagia.Akhirnya,pada usia 60 tahun Ali meninggalkan dunia buat selama-lamanya.

Anda mungkin sekali mengimpikan kehidupan seperti ini.Tapi kisah seperti Ali ini terlalu indah.Mempunyai kehidupan seperti ini memang impian kebanyakan orang.But its too good to be true. Sesukar mana pun kehidupan ini menghentam anda,bermulalah sekali lagi.Kadang hidup memang sangat sukar.Tapi jangan pernah hilang keyakinan pada impian dan cita-cita anda. Bermulalah sekali lagi saat matahari terbit hari berikutnya.Belajarlah menghadapi kegagalan.
Senyumlah.:-p

Menjadi.

Menjadi diri sendiri barangkali memang paling sukar.

Siapa yg mahu jadi lalang di tengah sawah?.Siapa pun xkan mmilih utk jadi air yg menentang arus. Kita sering ingin menjadi apa yang masyarakat harapkan. Doktor,cikgu,jurutera. Jadi siapa pun adalah hak diri sendiri. Asal tidak melanggar yang telah ditetapkan Tuhan.

Tapi,sering kali apa-apa pn cita-cita kita sering ditentukan oleh ketakutan dan bukan dari hati.Takut tidak sekaya sahabat-sahabat yg lain.Takut tidak memiliki rumah yang besar.Takut tidak mempunyai kereta mahal..Menjadi cikgu kerana takut tidak ada pekerjaan.Menjadi doktor hanya kerana ingin kaya.Menjadi polis atas dasar pilihan terakhir. Maaf aku tak pernah berniat memendang rendah pekerjaan yg aku sebutkan tadi.Cuma jadilah apa yg anda selalu impikan.Bukan kerana takut dipandang sinis orang lain.

#Aku mmg minat tulisan yang agak formal.


Monday 19 September 2011

Cita-cita

Ini bukan blog pertama aku.tapi serius aku masih bangang dalam setting blog.

Dalam usia aku mencecah 17 dulu,aku rasa hidup aku memang ok.Result spm pun ok tak lah bangang sangat tak juga dikira pandai.Aku rasa gembira dalam hidup tapi dalam usia 21 tahun sekarang ini aku rasa aku tak ada cita-cita lagi.Seingat aku dulu macam ada. Dari jadi bomba ke detektif ke wartawan ke pakar bahasa sampai lah cikgu sejarah.Tapi dlam zaman apple iphone ni sapa yang tak gelak bila ko nak jadi cikgu sejarah.Silap aku gak jati diri x kukuh.Hari ini aku belajar sains komputer tapi aku xtau nak jadi apa.Aku bukan belajar sebab nak kereta besar,awek lawa,rumah besar.Aku belajar sebab nak belajar.Kalau aku tak suka  aku takkan belajar. Tu masalah aku.Ada gak orang kata nanti belajar coding sungguh2 boleh jadi kaya boleh beli proton inspira , rumah besar. Gila.Programming is my worst nightmare la.Apahal aku bangang sangat tulis dalam blog ni.