blog ini menambat jiwa saya

Thursday 6 October 2011

Impian.

Bangun pagi 30 tahun kemudian dan menyedari tak pernah berbuat apa-apa untuk kehidupan memang memeritkan.

Habiskan hidup memilih langkah paling selamat dan mudah.Cari wang dan tidur di malam hari.Rutin yang sama sehari-hari.Belajar kerana takut tak ada kerja. Bekerja untuk cari duit. Cari duit untuk bayar bil. Aku tidak katakan perkara tersebut salah.Sekadar bagi aku sendiri,carilah impian dan cita-cita yang anda tentukan sendiri.Ada impian sendiri.

Tapi nak jadi berani bukannya mudah.Menentang arus memilih untuk bekerja sendiri semasa orang lain memillih paycheck di hujung bulan .Aku sendiri masih susah nak cari apa sebenarnya aku nak buat dalam kehidupan ni.

Aku sendiri pun blur.Tahniah buat yang sudah ada cita-cita.Terbanglah tinggi-tinggi.Aku bukan tak nak terbang.Kepak yang tak nak tumbuh.

1 comment:

  1. Sekarang aku bole comment! Sedikit terharu. Berbalik kepada comment aku. Mana pergi semangat kau 4 tahun lepas. Semangat kau nak jadi sasterawan semangat nak jadi cikgu sejarah, politician something. Aku suka semangat kau. Kalau kau nak delete comment aku ni pun tak pe. Aku ingat kau pernah cakap biarlah takda orang nak jadi semua yang aku list kat atas tadi, kau tetap nak jadi. Jadilah macam kau dulu.

    Aku serious tak kisah kau nak delete comment aku. Sorry kalau kau tak suka comment aku ni.

    Sincerely,
    Nurul Afiqah

    ReplyDelete